Rabu, 06 Juni 2012
syeh aidh al-qorni
Siapa yang tidak
kenal Syekh Dr
Aidh al-Qarni? Pria
kelahiran Arab
Saudi tahun 1379 H (1960 M)
ini dapat dikatakan penulis
Islam terlaris dan paling
ditunggu buku-buku barunya
oleh kaum Muslimin saat ini,
termasuk di Indonesia. Di
antara karya besarnya adalah
"Laa Tahzan" (Jangan Bersedih).
Nama lengkapnya Dr Aidh
Abdullah Al-Qarni. Nama Al-
Qarni diambil dari daerah
asalnya, Al-Qarn, di wilayah
selatan Arab Saudi. Ia berasal
dari keluarga ulama. Ayahnya,
Abdullah al-Qarni, adalah
seorang tokoh masyarakat di
daerah asalnya.
Sejak kecil sang ayah sudah
membawa Al-Qarni ke masjid
untuk shalat berjamaah. Sang
ayah juga telah
memperkenalkan berbagai
macam buku bacaan sejak Al-
Qarni masih kanak-kanak.
Karenanya, ia sudah terbiasa
dengan bacaan sejak kecil.
Ia menuntut ilmu di Madrasah
Ibtidaiyah Ali Salman. Setelah
lulus, dia kemudian melanjutkan
pendidikan ke Ma'had Ilmi sejak
bangku SMP, hingga meraih
gelar kesarjanaan (Lc) dari
Fakultas Ushuluddin di tahun
1404 H dan gelar Magister
dalam bidang hadits tahun
1408 H dengan tesis berjudul
"Al-Bid'ah wa Atsaruha fi ad-
Dirayah wa Ar-
Riwayah" (Pengaruh Bid'ah
terhadap Ilmu Dirayah dan
Riwayah Hadits).
Gelar Doktornya dalam bidang
hadits diraih dari Al-Imam
Islamic University, Riyadh, pada
tahun 1422 H. Saat itu ia
mengajukan disertasi berjudul
"Dirasah wa Tahqiq Kitab Al-
Mahfum Ala Shahih Muslim li Al-
Qurthubi" (Studi Analisis Kitab
Al-Mahfum Ala Shahih Muslim
Karya Al-Qurthubi).
Aktivitas Al-Qarni boleh
dibilang tidak jauh dari
kegiatan membaca dan menulis.
Bahkan, ketika mendekam
dalam penjara, dua aktivitas
inilah yang membuatnya sibuk.
Ia menguasai hafalan Alqur'an
dan kitab Bulughul Maram serta
5.000 hadits, dan lebih dari
10.000 bait syair Arab kuno
hingga modern pada usia 23
tahun. Kecerdasannya itu
mengantarkan Al-Qarni sebagai
penulis produktif dan
penceramah populer.
Selama 29 tahun dia
mengarungi dunia dakwah,
kaset-kaset ceramahnya telah
beredar dan berkumandang di
sejumlah masjid, yayasan,
universitas dan sekolah di
berbagai belahan dunia. Sekitar
1.000-an judul kaset yang
berisi ceramah agama, kuliah,
serta kumpulan puisi dan syair
karyanya telah dipublikasikan.
Kitab-kitab karyanya yang
berjumlah lebih dari 70 buah
itu telah pula diterjemahkan ke
dalam berbagai bahasa.
riwayat hidup imam syafie
Nama sebenar Imam Syafie
ialah Muhammad Bin Idris Bin
Abbas Bin Uthman bin Syafie
Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin
Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin
Abdul Manaf.
Imam Syafie adalah berasal dari
keturunan arab Quraisy.
Nasabnya berkait dengan Nabi
Muhammad saw.
Beliau dilahirkan di Kota Gaza
Palestin pada bulan Rejab 150
Hijrah. Ada yang mengatakan
pada malam beliau dilahirkan
itu Imam Abu Hanifah (Imam
Hanafi) meninggal dunia akibat
diracun oleh Khalifah Abu
Jaafar al-Mansur dari Bani
Abbasiyah sewaktu Imam
Hanafi berada dalam penjara.
Beliau dipenjara , diseksa dan
dirotan kerana tidak mahu
memberikan kerjasama kepada
Khalifah Bani Abbasiyah yang
zalim itu dengan menolak
tawaran untuk menjadi Hakim
kerajaannya.
Imam Syafie menghafal Al-
Quran sewaktu berumur 9
tahun.Beliau menghafal Kitab
al-Muwatta’ yang ditulis oleh
Imam Malik (Mazhab Maliki)
selama 10 tahun. Beliau
mempunyai kecerdikan dan
daya ingatan yang sangat luar
biasa.Dibenarkan memberikan
fatwa sendiri oleh gurunya
sewaktu berusia 15 tahun
sewaktu mengajar di Masjidil
Haram.
Sebelum melahirkan beliau,
ibunya bermimpi melihat
sebutir bintang keluar dari
perutnya lalu naik ke langit.Lalu
bintang itu pecah lalu jatuh
bertaburan jatuh ke
bumi.Cahaya dari bintang
pecah yang jatuh itu
menerangi seluruh muka
bumi.Ibunya terkejut bila
mengetahui suaminya juga
mengalami mimpi yang sama
iaitu dia melihat ada sebutir
bintang yang keluar dari perut
isterinya.
Imam Syafie penentang amalan
bidaah. Kata beliau, semua
perkara yang diadakan
menyalahi Quran dan sunnah
atau ijmak ulama adalah bidaah
yang keji dan sesat! Manakala
mana-mana perkara atau
kebaikan yang tidak menyalahi
sedikit pun dari kesemua itu
adalah bidaah yang terpuji.
Imam Syafie berpegang kepada
fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah seperti juga 3 orang
Imam Mazhab lain yang
terkenal seperti Imam
Hanafi,Imam Maliki dan Iman
Ahmad Bin Hambal (mazhab
Hambali). Fahaman Ahli Sunnah
Wal Jamaah ini dicetuskan oleh
ulamak sebelu mereka iaitu
Syeikh Abu Hasan Asyaari dan
Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.
Imam Syafie juga melarang
Taklid, baik taklid kepada
dirinya sendiri ataupun kepada
sesiapa saja. Beliau selalu
berpesan: “Janganlah mereka-
reka dalam perkara agama
mengguna-pakai taklid sahaja
kepada perkataan ataupun
tindakan yang tidak disertai
dengan keterangan ataupun
alasan dari Quran dan hadis”.
Beliau juga berpesan : “Tiap-
tiap perkara yang saya katakan
padahal kata Rasulullah
bertentangan dengan
perkataan saya, Rasulullah
itulah lebih utama perlu
dituruti”
NOTE: ( Ramai yang tidak
mencatatkan nama mursyid
tarbiah ruhani bagi Imam As-
Syafie kerana nak menafikan
pendapat-pendapat yang
memisahkan ilmu fiqah dgn
tasauf, guru beliau dalam
bidang ini ialah Syuhbban Ar-
Raie & Abu Hamzah As-Sufi.
Untuk ma'aluman, ketiga-tiga
Imam Mujtahid punyai mursyid
dlm ilmu tarbiah ruhani.
Imam Abu Hanifah gurunya
Imam Jaafar Shodiq. Imam Malik
pula gurunya Imam Musa
Kadzim & Maaruf Al-Khurki
manakala bagi Imam Ahmad
pula gurunya ialah Abu Hamzah
As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua
Imam-imam agung dari ke
empat mazhab ada guru
khusus mereka dalam
tasawuf...hanya orang orang
yg bodoh sahaja menganggap
Tasawuf & Tarbiah Ruhani
berasal dari Hindu-Buddha.
ALLAHU ALIM! )
Antara pujian atau
pandangan ulamak-ulamak
lain kepada Imam Syafie
ialah:
Imam Malik bekas gurunya
pernah berkata:
“Tidak ada lagi keturunan
Quraisy yang lebih pandai
daripada Imam Syafie”
Imam Ahmad Bin Hambal
berkata:
“Wahai anakku, Imam Syafie
itu seperti matahari bagi
dunia dan seperti kesihatan
bagi tubuh.”
Beliau juga berkata:
“Saya belum faham
mengenai ilmu hadis kecuali
selepas belajar dengan
Imam Syafie”.
Kata Imam Ahmad lagi:
“setiap ahli hadis yang
memegang tinta adalah
terhutang budi kepada
Imam Syafie”
Imam Muhammad al-Hakam
berkata:
“Saya belum berjumpa
seorang yang lebih
mengetahui, cerdik
akalnya,lebih cerdas
fikirannya, lebih cermat
amalannya,lebih fasih
lidahnya daripada Imam
Syafie”.
Beliau berkata lagi:
“Saya belum berjumpa
seorang yang lebih
mengetahui berkenaan usul
Fiqah selain dari Imam
Syafie”
Menyelusuri perjalanan hidup
dan proses pembelajaran Imam
Syafie amat menarik
sekali.Ayah beliau meninggal
sewaktu Imam Syafie masih
kecil, ada riwayat yang
mengatakan sewaktu beliau
masih dalam kandungan ibunya
lagi. Gurunya yang pertama
secara tidak formal ialah
ibunya sendiri. Ibunya
mengajar beliau mengenal
huruf dan mengaji al-Quran.
Setelah berumur 9 tahun beliau
sudah dapat menghafal Al-
Quran.
Bila ibunya membawa Imam
Syafie untuk berguru dengan
Imam Ismail Kustantani,
seorang guru ilmu Al-Quran
yang terkenal waktu itu, Imam
Ismail pada mulanya menolak
kerana Imam Syafie baru
berusia 9 tahun sedangkan dia
hanya menerima orang menjadi
muridnya setelah berumur 12
tahun.Namun setelah dia
menguji hafalan dan ingatan
Imam Syafie tentang Al-Quraan,
beliau amat tertarik dengan
daya ingatan dan suara Imam
Syafie yang merdu lalu terus
mengambil Imam Syafie
menjadi muridnya.Apabila
Imam Ismail ada urusan lain,
Imam Syafie pula disuruh
menggantikan tempatnya
mengajar disitu!
Imam Syafie juga amat
meminati syair dan puisi, beliau
pernah berguru dengan Mas’ab
bin Zubair seorang penyair
terkenal.Dalam masa 3 bulan
saja, Imam syafie mampu
menghafal 10,000 rangkap
syair kaum Bani Huzail. Pernah
suatu kali Imam Syafie
memasuki pertandingan syair
atas desakan kawan-
kawannya, lalu mengalahkan
gurunya Mas'ab pula.
Imam Syafie berguru pula
dengan Imam Sufian Ainiah
dalam ilmu hadis sehingga
menjadi pakar dalam bidang
hadis dan diberi kepercayaan
oleh gurunya untuk mengajar
menggantikannya sewaktu
ketiadaannya.
Selepas itu Imam Syafie
berguru pula dengan Imam
Muslim al-Zanji dalam bidang
Feqah pula.Akhirnya dia diakui
oleh gurunya dan dibenarkan
mengajar serta memberikan
fatwa pula.Namun Imam Syafie
masih merasakan kurang
ilmunya lalu dalam diam beliau
mula membaca dan menghafal
Kitab Muwatta’ yang dikarang
oleh Imam Malik bin Anas pula.
Imam Syafie juga pernah
belajar ilmu peperangan dan
bermain senjata dengan
gurunya iaitu Amiruddin,
seorang bekas tentera.Selepas
itu Imam Syafie terkenal
sebagai seorang pemanah yang
handal.
Imam Syafie pernah
mengembara ke Madinah yang
mengambil masa selama 8 hari
dengan menaiki unta sambil
sempat mengkhatamkan Al-
Quran sebanyak 16 kali untuk
menemui dan berguru dengan
Imam Malik yang ketika itu
menjawat jawatan Mufti Kota
Madinah.Imam Syafie belajar
dari Imam Malik selama 8 bulan.
Selepas itu Imam Syafie
merantau pula ke Iraq untuk
belajar dengan anak murid
Imam Hanafi iaitu Imam
Muhamad al-Hassan dan Imam
Abu Yusof.Beliau telah
menghafal Kitab al-Awsat
karangan Imam Hanafi dalam
masa 3 hari saja telah
mengejutkan kedua orang
gurunya itu kerana biasanya
murid-murid mereka yang lain
mengambil masa paling kurang
1 tahun untuk menghafalnya.
Imam Syafie juga belajar ilmu
firasat dengan Maulana Arif di
Yaman. Di Yaman beliau
berkahwin dengan wanita
bernama Hamidah dari
keturunan Khalifah Uthman Bin
Affan. Mereka dikurniakan 3
orang anak.
Semasa di Najran, Imam Syafie
difitnah oleh Gabenor as-Saud
iaitu Gabenor Najran kononnya
Imam Syafie sedang
menghasut rakyat untuk
memusuhi dan menjatuhi
kerajaan Bani Abbasiyah yang
diperintah oleh Khalifah Harun
ar-Rashid. Akibat dari fitnah
tersebut Imam Syafie dan anak
muridnya telah ditangkap,
tangan dan kaki mereka
dirantai .Mereka juga dipaksa
berjalan kaki dari Najran ke
Kota Kufah.
Walau bagaimanapun dengan
izin Allah swt Imam Syafie
terlepas dari hukuman oleh
Khalifah dan orang yang
memfitnah mendapat hukuman
yang setimpal. Diantara ayat Al-
Quran yang dibacakan oleh
Imam Syafie, yang
membuatkan hati dan jiwa
raga Khalifah Harun ar-Rashid
terpesona ialah Firman ALLAH
swt dari Surah al-Hujurat, ayat
6 yang bermaksud :
“Hai orang yang beriman,
sekiranya datang kepadamu
orang fasiq yang membawa
suatu berita,periksalah
dengan teliti supaya kamu
tidak menimpakan suatu
musibah kepada suatu kaum
tanpa mengetahui
keadaannya yang
menyebabkan kamu
menyesal atas perbuatanmu
itu”
Itulah diantara liku-liku
perjalanan yang ditempuh oleh
Imam Syafie dalam menuntut
ilmu. Banyak lagi guru dan
tempat beliau belajar yang
tidak dinyatakan disini. Beliau
sangat menyintai ilmu. Pernah
suatu masa Imam Malik memuji
beliau dengan berkata :
“Sekiranya ada orang yang
bahagia kerana ilmunya,
inilah orangnya!”
sambil merujuk kepada Imam
Syafie. Berkaitan dengan
kegunaan ilmu pula Imam
Syafie pernah berkata:
“Sesiapa yang mempelajari
Quran, besar harga
dirinya.Siapa yang
mempelajari hadis, tinggi
martabatnya.Siapa yang
mempelajari bahasa,lembut
hatinya.Siapa yang
mempelajari ilmu hisab,
tajam pandangannya dan
siapa yang tidak
memelihara dirinya, tidak
bererti ilmunya”.
Oleh kerana kecintaan beliau
yang begitu mendalam
terhadap ilmu, jadi tidak
hairanlah jika Imam Syafie telah
menulis 142 buah kitab semasa
hayatnya.
Imam Syafie meninggal dunia
selepas waktu isyak, malam
jumaat 28 Rejab tahun 204
Hijrah (tahun 820 M) di rumah
Abdullah bin Hakam sewaktu
berumur 54 tahun di bumi
Mesir. Jenazahnya dikebumikan
di tanah perkuburan Bani
Zaharah.
Semasa Abu Ali al-Hasan
menjadi perdana menteri Iraq,
beliau telah mengarahkan
ketua tentera Mesir Badr bin
Abdullah menggali dan
memindahkan kubur Imam
Syafie ke Baghdad. Setelah
digali mereka menemui batu
bata yang tersusun
membentengi liang lahad Imam
Syafie. Selepas mereka
memecahkan batu-bata itu,
mereka amat terkejut kerana
tercium bau yang sangat
harum dari dalam liang lahad
itu malah ada beberapa orang
dari mereka yang pengsan. Bila
perkara ini diketahui oleh
perdana menteri Iraq itu,
maka beliau pun membatalkan
terus usaha memindahkan
kubur itu. Pada tahun 608
Hijrah, sebuah Kubah telah
dibina .Tidak lama kemudian
sebuah masjid didirikan disitu
dengan nama Masjid Imam
Syafie. Makam Ulama hebat ini
terus dikunjungi orang ramai
hingga kini.
Antara kata-kata menarik
Imam Syafie:
1.Tuntutlah ilmu sebanyak
mungkin kerana ia dapat
menjaga dan membuat kamu
cemerlang di dunia dan
akhirat.Ia juga amalan para
Nabi, Rasul dan orang
soleh.
2.Marah adalah salah satu
antara panah-panah syaitan
yang mengandungi racun. Oleh
itu hindari ia supaya kamu
dapat menewaskan syaitan
dan bala tenteranya.
3.Hati adalah Raja dalam diri.
Oleh itu, lurus dan betulkan ia
supaya empayar kerajaan
dirimu tegak di atas al-haq
yang tidak disertai oleh
iringan-iringan pasukan
kebathilan.
[Artikel diatas saya sunting dari
buku : Imam Syafie Pejuang
Kebenaran; ditulis oleh Abdul
latip Talib]
Dibawah ini saya siarkan 10
pesanan Imam Syafie untuk
renungan kita bersama :
Sebelum Imam Shafie
meninggal dunia, beliau sempat
mengajak sahabat-sahabatnya
agar membuat perubahan jiwa
ke arah yang lebih baik. Beliau
menyebut bahawa barangsiapa
yang ingin meninggalkan dunia
dalam keadaan selamat, maka
lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan
mengurangkan tidur,
mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki
yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut,
iaitu menqada’kan segala
kewajipan yang tertinggal,
iaitu dengan memohon maaf
daripada orang yang dizalimi,
membuat persiapan untuk mati
dan merasa cinta kepada ALLAH
s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu
membuang tabiat suka
menabur fitnah, jangan suka
kencing merata,
memperbanyakkan solat
tahajjud dan membantu orang
yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar
dan Nakir, iaitu jangan berkata
dusta, sering berkata benar,
meninggalkan maksiat dan
memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu
menahan kemarahan,
banyakkan berzikir, ikhlas
dalam amalan dan sanggup
menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu
buang tabiat suka mengumpat,
wara’, bantu orang beriman
dan hidup dalam suasana
berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik,
iaitu menangis lantaran
takutkan kepada ALLAH s.w.t.,
membanyakkan sedekah,
membuat kebaikan kepada
ibubapa dan memperbaiki
akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan,
penjaga syurga, iaitu redha
kepada qada’ ALLAH s.w.t.,
sabar menerima bala’ dan
bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.,
iaitu dengan sering bersalawat
kepada baginda, berpegang
kepada sunnahnya dan
bersaing mencari kelebihan
dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu
mengajak manusia kepada
kebaikan, mencegah manusia
daripada melakukan
kemungkaran, bencikan kepada
sebarang maksiat dan tidak
melakukan kejahatan.
"Hendaklah orang-orang
yang mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang
terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka
yang terus
mendengar dariku.
Saksikanlah Ya ALLAH,
bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-MU
kepada hamba-hamba-MU."
Langganan:
Postingan (Atom)